SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM {MPU23052}






PEMBEDAHAN PLASTIK
E-FOLIO
KUMPULAN 5

NAMA
NO.PENDAFTARAN
MUHAMMAD FADHLI HAKIM BIN HAFIFUDIN
03DJL19F1056
MUHAMMAD DANISH BIN SAIFUL BAHRIN
03DJL19F1019
NOR AMIRA SHAHIRA BT AHMAD SUHAIMI
03DJL19F1024
NUR SHAZLEEN NABILA BT ZULKURNAIN
03DJL19F1017

ISI KANDUNGAN

NO.
TAJUK
1
PENDAHULUAN
2
TUJUAN MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK
           -MAKSUD PEMBEDAHAN PLASTIK
          -HUKUM
          -SYARAT YANG HARUS DIPATUHI
          -JENIS JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK


3
CARA MENGATASI PEMBEDAHAN PLASTIK DRPD BERLELUASA
4
KESAN BURUK PEMBEDAHAN PLASTIK
5
KEBAIKAN PEMBEDAHAN PLASTIK
6
HIKMAH LARANGAN
7
PENGUBAHAN YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM
8
PENGHAYATAN
9
KESIMPULAN
10
BAHAN RUJUKAN

1.PENDAHULUAN
  Dunia hari ini telah berkembang pesat dengan seribu satu kemodenan dan kecanggihan sehinggakan hampir segala kehendak dan keinginan manusia di dunia ini dapat dipenuhi. Sebagaimana yang telah dimaklumi setiap sesuatu itu pasti mempunyai dua sisinya, positif dan negatif, kebaikan dan keburukan, manfaat dan mudarat, kelebihan dan kekurangan serta hitam dan putihnya. Kita dapat melihat terutamanya dunia perubatan telah mencapai kepada satu tahap yang tidak terjangkau oleh akal manusia pada kira-kira 50 tahun dahulu. Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksanaan manusia.
   
    Kemajuan dan pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada perundangan Islam. Para ulama’ harus melihat fenomena ini dengan penuh kepekaan dan rasa tanggungjawab. Alhamdulillah setakat ini ramai yang telah tampil dan membuat kajian dan rujukan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dikemukan oleh masyarakat berkenaan hukum dan pekara-perkara yang berkaitan dengannya.
    

     Sejak akhir-akhir ini, banyak masalah moden yang timbul dalam lapangan perubatan yang memerlukan pendapat dari segi fiqh untuk menjelaskan kedudukannya, seperti pembedahan kecantikan atau pembedahan kosmetik. Mengikut tajuk kertas ini, kami akan membawa dan memilih beberapa perbincangan sebagai garis panduan kepada beberapa isu- isu perubatan moden masa kini dengan pengkhususan tentang pembedahan.

  




Gambar rajah diatas menunjukkan seorang wanita disuntik bagi tujuan pembedahan


 2. TUJUAN MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK
     Memperbaiki kecacatan semulajadi atau kemalangan yang memberi kesan pada tubuh manusia yang menyebabkan hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan dalam masyarakat. Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Selain itu, tujuan yang tidak dibenarkan untuk kelihatan lebih cantik, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan. Setereusnya, memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain mesti diakui doktor islam dan pakar dalam bidang itu, doktor yang yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat mendapat persetujuan pesakit dan wali.

a)
PEMBEDAHAN PLASTIK DI MALAYSIA
    Terdapat maksud pembedahan plastik dan hukum berserta syarat  melakukan pembedahan plastik di Malaysia yang wajib kita pelajari/ketahui.


·   MAKSUD PEMBEDAHAN PLASTIK
   Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan plastik? Pembedahan plastik berasal dari bahasa Yunani , iaitu “plastikos” yang bermaksud “membentuk” atau memberi bentuk. Benarkah ia adalah suatu perbuatan yang haram disisi Syarak? Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat perkembangan yang amat menakjubkan. Perkembangan di dalam bidang perubatan ini juga membawa kepada keinginan manusia itu sendiri untuk melakukan pembedahan plastik yang lain seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, mencantikkan telinga, membesarkan atau mengecilkan bibir dan lain-lain lagi.

·        HUKUM HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK
 
Hukum melakukan pembedahan plastik terbahagi kepada 3 ;
  1. Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.
  2. Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota.
  3. Haram – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti perempuan.

·        SYARAT PEMBEDAHAN YANG DIBOLEHKAN DALAM ISLAM

  Pembedahan yang diperlukan oleh si pesakit.
1.     Si pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan tersebut.Orang yang merawat mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan yang dijalankannya.
2.      Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat mampu mencapai matlamat pembedahan yang dilakukannya.

3.      Tidak terdapat  alternatif lain yang kurang risiko dari pembedahan yang dilakukan itu.


                                                                                         

Contoh gambar sebelum dan selepas pembedahan plastik





b) JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK
      Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan.Contoh,pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang melecur.Pemakaian gigi palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan.Pembedahan ini juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung,membesarkan mata dan sebagainya.

·        REKONSTRUKSI
  1. Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin melengkung)
  2. hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit).
  3. Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak tulang.
  4. Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk.
  5. Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal.
  6. Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh darah).
  7. Transeksual

                                                     


Cara pembedahan plastik pada bahagian wajah

·        PEMBEDAHAN PLASTIK (KOSMETIK)

1.      Facelift : Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu, Facelift juga dapat menghilangkan kedutan pada wajah.
2.      Rhinoplasty : Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki penampilan. Rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang tersumbat.

3.      Liposuction : Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasil yang diperoleh ialah perut akan menjadi lebih ramping dan langsing.



Proses pembedahan plastik

Contoh proses pembedahan hidung

3) CARA MENGATASI

·         Akta Kosmetik diperlukan bagi mengawal semua kegiatan termasuk penggunaan alat perubatan secara haram daripada terus berleluasa dan memberi kesan tidak baik kepada semua pihak
·         Semua alat perubatan yang digunakan untuk memberi rawatan kepada pesakit perlu didaftar di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) tetapi lampu laser yang digunakan oleh pusat kecantikan tidak perlu berdaftar.

 4) KESAN BURUK PEMBEDAHAN PLASTIK

1.      Kecacatan pada bahagian yang dibedah.
2.      Kesan sampingan jangka panjang.
3.      Maut.
4.      Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT.
5.      Membazir.
5) KEBAIKAN PEMBEDAHAN PLASTIK
  1.  Mengembalikan semula fungsi anggota badan.
  2.  Membina semula anggota yang cacat.
  3.  Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.
  4.  Menghilangkan keaiban.
  5.  Memberi keyakinan diri kepada mangsa.
  6.  Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna

 6) HIKMAH LARANGAN


1.      Mengubah kejadian allah yang asal
2.      Melahirkan perasaan sombong dan takbur
3.      Tidak mensyukuri nikmat allah
4.      Terdapat unsur penipuan dan kepalsuan
5.      Menyerupai amalan orang kafir
6.      Menjejaskan kesihatan dan memudaratkan anggota tubuh
7.      Bercanggah dengan budaya islam

7) PENGUBAHAN YANG DIBENARKAN

1.      Memakai inai dengan tujuan berubat hukumnya adalah sunat
2.      Pembedahan mata dengan tujuan memulihkan penglihatan
3.      Pembedahan jantung bertujuan menyelamatkan nyawa
4.      Pembedahan buah pinggang bertujuan mengembalikan proses perkumuhan
5.      Membaiki gigi yang rosak samaada menanam, menyamakan, dan sebagainya utk keselesaan

8) PENGHAYATAN

1.      Sentiasa bersyukur dan menghargai ciptaan allah
2.      Redha dengan kejadian diri
3.      Yakin bahawa allah sebaik baik pencipta

4.      Dapat menjauhkan diri dari sifat sombong dan takbur

9) KESIMPULAN

      Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya.


10) RUJUKAN

















Comments